SUBHANALLAH...!!! INILAH KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH YANG BELUM BANYAK DI KETAHUI...!!!

SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab'ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedang al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif dari pada nabi atau ijtihad para sahabat.

Memiliki tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha'labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.

Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan pada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A'rabi, at-Tabarani dari pada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis saat di turunkan al-Fatihah di Madinah.

Menghimpun
Pendapat yang ketiga, ia diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara beberapa riwayat.

Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya :

1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari dari pada Abi Said bin Mu'alla.

2. Tidak ada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah serta kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan dari pada surah al-Fatihah seperti kisah Imam Ahmad dari pada Ubay bin Ka'ab.

3. Dua sinar yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti kisah Muslim dari pada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim dari pada Abi Said al-Khudri.

5. Kelebihan Fatihah terang jika diharuskan dalam setiap rakaat solat seperti kisah al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi dari pada Abu Hurairah.

6. Menyembuh penyakit gila seperti kisah Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya dari pada Kharijah bin as-Salt at-Tamimi dari pada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s. a. w. dan pulang, kemudian lalu di perkampungan yang ada seorang lelaki yang dirantai dengan besi lalu kata keluarganya : Adakah kamu bisa rawatnya, kerana kamu datang dari pada sahabatmu (Rasulullah s. a. w.) yang amat baik.


Aku pun membaca al-Fatihah selama tiga hari sebanyak dua kali pada waktu pagi dan petang setiap hari, saya hembus ke mukanya lalu dengan izin Allah dia pulih dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s. a. w. dan menceritakannya, sabda Rasulullah s. a. w : Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya.


 CAR,HOME,DESIGN,HEALTH,FOREX,LIFEINSURANCE,TAXES,INVESTING,BONDS,ONLINETRADING,SEO

0 Response to " SUBHANALLAH...!!! INILAH KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH YANG BELUM BANYAK DI KETAHUI...!!! "

Posting Komentar